Taip arahan ipconfig/all pada command prompt windows. Tekan Enter.
2. Catat maklumat IP Addres, Subnet Mask, Default Gateway dan DNS Server yang dipaparkan pada skrin command prompt windows.
***Pastikan butiran maklumat yang dicatat betul dan sama seperti yang dipaparkan pada command prompt windows kerana ia langkah yang sangat penting untuk langkah seterusnya.
3. Pergi Start Menu. Klik pada Control Panel kemudiannya lihat pada tetapan Network and Internet. Pilih option View network status and task.
Klik pada Change adapter setting yang terdapat pada skrin sebelah kiri komputer.
4. Right click pada network adapter yang terdapat di paparan tersebut. Pilih Properties untuk buka Properties windows kepada tetapan capaian internet tersebut.
***Pastikan network adapter yang dipilih tersebut ialah network adapter yang menjadi capaian internet semasa komputer tersebut.
5. Klik pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4), kemudian klik butang Properties.
6. Masukkan maklumat yang telah dicatat pada langkah 1.4 pada tetingkap Internet Protocol Version4 (TCP/IPv4) Properties. Klik OK.
7. Uji konfigurasi IP statik dengan browse internet menggunakan IP Statik yang telah dikonfigurasi.
Pastikan komputer yang telah dikonfigurasi IP statik tersebut berada dalam capaian internet.
Periksa IP semasa komputer menggunakan arahan ipconfig /all pada command prompt seperti langkah yang dinyatakan di 1.3.
Browse internet menggunakan IP Statik yang telah dikonfigurasi.
berfungsi berasaskan arahan yang disimpan dalam unit memori
boleh menerima dan manipulasi data mengikut peraturan tertentu
boleh menghasilkan output dan menyimpan output untuk kegunaan akan datang
Sejarah Perkembangan Komputer
Telah berkembang dari satu peralatan mekanikal berubah kepada menggunakan tiub vakum kepada litar elektornik dalam masa yang singkat.
Terdapat 5 generasi komputer dan setiap generasi mempunyai ciri tersendiri iaitu :
Generasi Pertama : Tiub Vakum
Generasi Kedua : Translator dan Diod
Generasi Ketiga : Litar Bersepadu
Generasi Keempat : Mikro Pemproses
Generasi Kelima : Kepintaran Buatan
1. Generasi Pertama ( 1951-1958 )
i) Ciri – ciri
• Komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk
memproses dan menyimpan maklumat
• Menggunakan tenaga elektrik yang banyak sehingga menyebabkan
gangguan pada kawasan sekeliling
• 100% elektronik, saiznya amat besar dan boleh dikelaskan sebagai kerangka utama
ii) Fungsi
• Membantu ahli sains menyelesaikan masalah pengiraan trajektori
iii) Contoh Komputer
a) ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator)
• Dicipta oleh : Dr John Mauchly
Presper Eckert
• Tahun : 1946
b) EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer)
• Dicipta oleh: Dr John Mauchly
Presper Eckert
• Tujuan : – Mengurangkan penggunaan tiub vakum
– Menjadikan kerja pengiraan lebih cekap
•Menggunakan sistem nombor binari dan konsep aturcara
tersimpan
2. Generasi Kedua ( 1959-1961)
i) Ciri-ciri
Komputer generasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub vakum
Saiz komputer lebih kecil dan murah
Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan bertambah
Cara baru menyimpan ingatan diperkenalkan menggunakan teras magnetik.. Teras magnetik menggunakan besi-besi halus yang dililit oleh litaran elektrik
Kemunculan Fortran dan Cobol menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa yang lebih sukar
Pengendalian kompuer menjadi lebih mudah
Harga lebih murah daripada kerangka utama
ii) Contoh Komputer
Menandakan permulaan era minikomputer iaitu yang kedua terbesar
dalam keluarga komputer:
a) Komputer DEC PDP-8
– Dicipta : Tahun 1964
– Fungsi : Memproses data-data perniagaan
b) IBM 7090
c) IBM 7094
3. Generasi Ketiga ( 1965-1970 )
i) Ciri-ciri
Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil menjadikannya lebih popular dan digunakan dalam kebanyakan alat elektronik di samping harganya yang jauh lebih murah berbanding komponen elektronik yang lain
Banyak bahasa pengaturcaraan yang timbul seperti:
– BASIC
– Pascal
– PL/1
Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan
Bahasa BASIC bahasa paling popular digunakan
ii) Contoh Komputer
Komputer pada zaman ini dikenali sebagai mikrokomputer. Antara contoh
Komputer pada zaman ini adalah seperti berikut:
IBM S360
UNIVAC 1108
UNIVAC 9000
Burroughts 5700,6700,7700
NCR Century
GE 600
4. Generasi Keempat ( ( 1971- Sekarang )
i) Ciri-ciri
• Cip masih digunakan untuk memproses dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju mengandungi sehingga beratus ribu komponen transistor di dalamnya
• Penemuan baru di dalam penciptaan:
– Cip silikon
– Mikropemproses
– Peranti storan pemprosesan yang dapat dilakukan dengan lebih pantass sehingga berjuta bit sesaat
• Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar
• Boleh membentuk rangkaian komputer dan membawa kepada pembangunan internet
• Melibatkan pembangunan GUIs, Tetikus dan peranti pegang tangan
Secara umumnya antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini
ialah:
• Saiz lebih kecil
• Penggunaan tenaga elektrik yang minimum
• Boleh digunakan bersama beberapa bahasa pengaturcaraan
• Keupayaan storan meningkat 1 juta hingga 50 juta aksara
• Pengiraan dilaksanakan dalam “ Picoseconds”
• Saiz komputer 100 kali lebih kecil dari saiz komputer generasi pertama
• Satu cip lebih berkuasa dari ENIAC
ii) Contoh komputer
• IBM 370 • Apple II • IBM PC/XT • IBM PC/386 • IBM PC/486 • IBM Pentium II
5. Generasi Kelima
Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud dan ia merupakan komputer impian masa depan.
i) Ciri-ciri
Mempunyai ingatan yang amat besar supayaa membolehkannya menyelesaikan banyak masalah yang kompleks
Lebih canggih
Lebih murah
Mampu melihat,mendengar,berbicara dan berfikir serta membuat kesimpulan seperti manusia
Dijangka mempunyai kepandaian sendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui penglihataan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas dari kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai “ Artificial Intelligence “
Recent Comments