LANGKAH-LANGKAH KONFIGURASI IP STATIK

1. Pergi ke Start Menu dan klik pada Run.

Taip cmd pada Run box kemudian tekan Enter.

Taip arahan ipconfig/all pada command prompt windows. Tekan Enter.

2. Catat maklumat IP Addres, Subnet Mask, Default Gateway dan DNS Server yang dipaparkan pada skrin command prompt windows.

***Pastikan butiran maklumat yang dicatat betul dan sama seperti yang dipaparkan pada command prompt windows kerana ia langkah yang sangat penting untuk langkah seterusnya.

3. Pergi Start Menu. Klik pada Control Panel kemudiannya lihat pada tetapan Network and Internet. Pilih option View network status and task.

Klik pada Change adapter setting yang terdapat pada skrin sebelah kiri komputer.

4. Right click pada network adapter yang terdapat di paparan tersebut. Pilih Properties untuk buka Properties windows kepada tetapan capaian internet tersebut.

***Pastikan network adapter yang dipilih tersebut ialah network adapter yang menjadi capaian internet semasa komputer tersebut.

5. Klik pada Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4), kemudian klik butang Properties.

6. Masukkan maklumat yang telah dicatat pada langkah 1.4 pada tetingkap Internet Protocol Version4 (TCP/IPv4) Properties. Klik OK.

7. Uji konfigurasi IP statik dengan browse internet menggunakan IP Statik yang telah dikonfigurasi.

Pastikan komputer yang telah dikonfigurasi IP statik tersebut berada dalam capaian internet.

Periksa IP semasa komputer menggunakan arahan ipconfig /all pada command prompt seperti langkah yang dinyatakan di 1.3.

Browse internet menggunakan IP Statik yang telah dikonfigurasi.